hai.. seawal 4 pagi aku siap-siap nak ke skudai.. my big brother hantar kan. terima kasih yerr ....dengan berpakaian sopan ..sopan lah sangat kan... masuk hotel.. mak aih.. ramai nyerrr... cari nama aku. then berkerut sebab salah eja. always mistake my name kat mana-mana lah. tension jer. nasib i/c nombor betul. kalau tak, mengamuk jap. huhhuhu..saje jer kan nak ngengada jap..
aku dalam kumpulan B1 .. ikut ejaan nama lah. then, duduk jer kat sebelah sesiapa tadi. tak kenal sesiapa pun. kenal pun tak jumper cari.. cissssss... aku rasa keseorangan sebentar. buat muka tak tahu malu jela tegur sana sini orang.. huhu.. itu memang aku. jangan pelik!
after dengar ceramah yang agak membuat aku mengantuk. aku menuju ke sekolah tun aminah,johor bahru dalam jam 2 lebih. kat sana lagi bertambah kawan kot. dengan naik bas MAKTAB ABU BAKAR. after settle all of information submit kat kementerian, tunggu bas lambat gilerrr.. tapi sampai gak lah bas tuh dalam jam 5 lebih.
actually, aku sebenarnya agak tergamam jap.. aku tak suka bendalah ini terjadi. benda yang dulu wat aku terfikir. beberapa tahun dahulu dua kali terjadi seperti ini. tapi keduanya, si dia perasan. tapi hari ini.........dia tak perasan. hanya aku yang perasan. keluar jer dari sekolah tun aminah, nampak kereta polis macam tahan sebuah kereta warna putih yang aku cam pemiliknya.. aku tak tahu apa mereka buat kat taman tuh.malas nak amik tahu...lantak korang lah.. cuma.......KENAPA AKU MESTI TERSEREMPAK NGAN DIA LAGI?? memang jelas dia......dunia nih kecik jer kan? dalam ramai-ramai orang kenapa mesti dia yang aku kerap kali terserempak. mahu jer call tengok respond dia masa tuh. tapi tak pela.....biarkan jer...buat apa nak sibuk kan?? kenapalah aku kena group B1 ek? klau lah group lain...mesti tak jumpa dan aku tak tension macam nih. huh!!!!!!!!!!!!
k,laaa.. nak rest..esok petang balik dah.tunggu penempatan jer nih.huhuhu..
bye!




